Buka menu utama
Flag of North Vietnam (1945-1955).svg

Việt Minh (kependekan dari Việt Nam Ðộc Lập Ðồng Minh Hội, "Liga Kemerdekaan Vietnam") didirikan oleh Hồ Chí Minh pada tahun 1941 untuk memperjuangkan kemerdekaan Vietnam dari Prancis dan menghalau pendudukan Jepang. Liga ini merupakan organisasi yang berbeda dengan Việt Nam Cách Mạng Ðồng Minh Hội ("Liga Revolusi Vietnam", disingkat Việt Cách) yang didirikan oleh Nguyễn Hai Than dan Hồ Ngoc Lam, yang kemudian pada tahun 1946 bersatu dalam Koalisi Nasional Vietnam.

Perang Dunia IISunting

Ketika Perang Dunia II, Jepun menduduki Indochina Prancis. Selain menentang pihak Prancis Vichy, Việt Minh melancarkan kempen menentang penceroboh Jepang. Oleh sebab menentang Jepang, Việt Minh menerima bantuan kewangan dari pihak Amerika Serikat dan Cina, meskipun pihak China hendak memenjarai Hồ Chí Minh selama setahun lebih ketika menentang pemerintahan tentera Jepang karenqHo ialah seorang pengikut komunis. Apabila Jepang menyerah kalah pada Agustus 1945, pihak Jepang menyerahkan kuasa beberapa bangunan awam di Hanoi kepada Việt Minh di bawah pimpinan Hồ Chí Minh. Selepas pertubuhan Nasionalis lain mengisytiharkan kemerdekaan untuk Vietnam; Hồ mengisytiharkan Republik Demokratik Vietnam pada 2 September 1945.

Perang Indochina PertamaSunting

Namun begitu, dalam masa beberapa hari, tibanya tentera Kuomintang China di Vietnam untuk memerhati penghantaran kembali Tentera Diraja Jepang. Maka, Republik Demokratik Vietnam hanya wujud secara teori dan sebenarnya belum menguasai mana-mana wilayah. Beberapa bulan kemudian, pihak China, Vietnam dan Prancis mencapai kata sepakat tiga hala. Pihak Prancis menyerahkan hak-hak tertentu di China, Viet Minh mempersetujui kepulangan pihak Prancis sebagai pertukaran kepada janji-janji kemerdekaan dalam lingkungan Kesatuan Prancis dan pihak China bersetuju untuk berundur dari tanah Vietnam. Bagaimanapun, rundingan antara Prancis dan Việt Minh cepat menemui kegagalan, lalu ddikuti sepuluh tahun peperangan menentang Prancis yang dikenali sebagai Perang Indochina Prancis, atau Perang Prancis kepada orang Vietnam.

Jeneral Jean-Etienne Valluy dari Prancis dengan cepatnya mengusir Việt Minh keluar dari Hanoi. Infantri dia yang berunit perisai melalui Hanoi untuk terlibat dalam pertempuran-pertempuran kecil menentang kumpulan-kumpulan Việt Minh berasingan. Pihak Prancis mengepung markas Việt Minh, iaitu Việt Bắc pada tahun 1947, namun gagal menewaskan angkatan Viet Minh, lalu terpaksa berundur. Kempen ini kini dianggap sebagai kemenangan Việt Minh terhadap kuasa Prancis yang penuh lengkap.

Việt Minh terus menentang Prancis sehingga tahun 1949 apabila sempadan China dan Viet Minh disambung sesama sendiri sebagai kesan kempen yang dipanggil Chiến dịch Biên giới (Kempen Perbatasan). China memberi Việt Minh markas berteduh dan senjata berat yang digunakan untuk menentang Prancis. Dengan senjata tambahan inilah, Việt Minh mempu menguasai banyak kawasan luar bandar di negara. Selepas itu, mereka mula mara ke kawasan yang diduduki Prancis.

Vietnam UtaraSunting

Berikutan kekalahan di pertempuran Điện Biên Phủ, pihak Prancis mula berunding untuk meninggalkan Vietnam. Oleh sebab perjanjian damai yang diselesaikan di Persidangan Geneva di Geneva, Switzerland, Vietnam dibahagi kepada Vietnam utara dan Vietnam Selatan pada Selarian ke-17 sebagai langkah sementara sehingga pilihan raya penyatuan diadakan pada tahun 1956. Peralihan pentadbiran sivil Vietnam Utara kepada Việt Minh dijalankan pada 11 Oktober 1954. Hồ Chí Minh dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam Utara yang bakal ditadbir sebagai negara sosialis. Ngô Đình Diệm yang dahulunya dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam Selatan oleh Maharaja Bảo Đại, kemudiannya memegang kuasa terhadap Vietnam selatan. Dalam kata-kata Presiden Eisenhower dari Amerika Serikat:

Diakui secara umum bahawa seandainya pilihan raya diadakan, Ho Chi Minh akan dijadikan Perdana Menteri. Malang sekali, keadaan diburukkan lagi oleh kepimpinan serba tidak wujud yang ditunjukkan Ketua Negara Vietnam, Bảo Đại yang selaku ketua negara itu, memilih untuk meluangkan kebanyakan masa baginda di spa-spa Eropah dan bukannya berada di tanah air sendiri untuk memimpin tentera baginda untuk menentang kuasa Komunisme.[1]

Vietnam Selatan dan penyokong utamanya Amerika SErikat tidak pernah menandatangani perjanjian 1954 tetapi pernah setuju untuk menghormati syarat-syaratnya. Bagaimanapun, Vietnam Selatan dengan bantuan Amerika SErikat kemudiannya enggan mengadakan pilihan raya penyatuan atas sebab bahawa Hồ Chí Minh tidak boleh dipercayai kerana gabungan dia dengan Komunisme.

PerhatianSunting

Việt Nam Ðộc Lập Ðồng Minh Hội tidak patut dikelirukan dengan Việt Nam Cách Mạng Ðồng Minh Hội (Liga Revolusi Vietnam, disingkatkan sebagai Việt Cách) yang ditubuhkan oleh Nguyễn Hai Than dan Hồ Ngoc Lam, dan kemudiannya menyertai Parti Campuran Kebangsaan Vietnam pada tahun 1946.

Lihat pulaSunting

ReferensiSunting

  1. ^ Eisenhower, Dwight (1963). Mandate for Change, 1953-1956. Garden City, NY: Doubleday. hlm. 337–38.