Bahasa Melayu Terengganu

dialek bahasa Melayu

Bahasa Terengganu (Jawi: ملايو ترنغانو, Ganu atau Tranung) atau Melayu Terengganu adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan di pesisir timur Semenanjung Malaya, yakni dari Terengganu sehingga ke Johor.

Melayu Terengganu
بهاس ملايو ترڠڬانو
Base Ganu/Tranung
Dituturkan di
Wilayah
Penutur bahasa
1.0 juta (tidak tercantum tanggal)
Kode bahasa
ISO 639-3
Glottolognon-existence[1]
Negara Bagian Terengganu bewarna hijau muda, bahasa ini juga dituturkan sehingga kawasan timur Johor di selatan.

Peralihan bahasa Terengganu ke bahasa Kelantan adalah di kawasan Setiu.

Contoh perbedaanSunting

Lazimnya,kebanyakan perkataan Bahasa Melayu Terengganu mempunyai unsur penambahan akhiran ng. Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan n ataupun m. Contohnya,

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Makan Makang
Kamu Mung
Malam Malang
Selam Selang

Vokal a di tengah suku kata terakhir perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal o. Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Tengah Tengoh
Perak Perok
Sekolah Skoloh
Sumpah Supoh (konsonan m digugurkan)

Vokal a dihujung perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal e (hampir sama seperti Bahasa Melayu Johor-Riau). Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Lama Lame
Masa Mase
Biasa Biase
Bagaimana Guane (kata khas yang seerti)

Konsonan m dan n di tengah perkataan digugurkan. Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Lampu Lapu
Menantu Menatu
Pantang Patang
Tumpah Tupoh

Pranala luarSunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, ed. (2019). "Melayu Terengganu". Glottolog 4.1. Jena, Jerman: Max Planck Institute for the Science of Human History.