Sakinah Junid

Puan Sri Datin Sakinah Junid Lahir 10 Oktober 1928 dan meninggal 7 September 2004(2004-09-07) (umur 80) adalah pejuang emansipasi Wanita dan Ketua Dewan Muslimat Partai Islam Se-Malaysia.

Sakinah Junid
Puan Sri Datin Sakinah bin Haji Junid
Lahir(1923-10-10)10 Oktober 1923
kampung Lalang, Padang Rengas
Meninggal7 September 2004(2004-09-07) (umur 80)
KebangsaanMalaysiaMalaysia
Dikenal atas-Pejuang Emansipasi Wanita
-Ketua Dewan Muslimat Partai Islam se Malaysia,1963-1983
Partai politikPartai Islam Se-Malaysia
Suami/istriMohd Asri bin Haji Muda
Anak9
Orang tuaSyeikh Junid dan Sariyah bin Haji Said

LatarbelakangSunting

Puan Sri Datin Sakinah binti Syeikh Junid (Sakinah Junid) adalah isteri Tan Sri Datuk Mohd Asri bin Haji Muda, Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS). dan Hizbul Muslimin. Dia adalah Ketua Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). dari tahun 1963 hingga 1983.

Ia Menikah dengan Tan Sri Datuk Mohd Asri bin Haji Muda pada 15 Agustus 1948 dan mempunyai 9 anak, 2 Laki-laki dan 7 perempuan, yaitu Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin.

Datin Sakinah adalah Syeikh Juned Tola seorang ulama besar di Perak, Malaysia khususnya di Padang Rengas. Ibunya Sariyah Haji Said. Syeikh Juned Tola belajar di Mekah setelah Menikah dengan Sariyah Haji Said. 1926, Syeikh Juned kembali ke Padang Rengas dari Mekah, bersama isteri Sariyah dan puteri pertamanya, Sakinah Junid .

PendidikanSunting

Dia dihantar ayahnya belajar di Diniyah Putri Padangpanjang, Sumatra Barat, Indonesia yang dipimpin oleh Rahmah El Yunusiyyah. Sumatra Barat, Indonesia [1] sebagai sekolah yang membentuk cara berpikir dan keperibadian melalui proses “dakwah dan tarbiah” yang akhirnya menjadikan dia seorang pemimpin yang berkarisma.[2]

Sakinah Junid adalah Srikandi Muslimah Malaysia. Menjadi ketua Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hampir 20 tahun lamanya. Wanita yang satu ini, merupakan murid yang mendapatkan perhatian khusus dari Ibunda Rahmah sendiri. Sakinah Junid, tidak hanya murid, melainkan sahabat bagi Ibunda Rahmah. Murid yang satu inilah yang sering mengundang ibunda Rahmah ke Malaysia, tepatnya ke Kelantan dan Kuala Lumpur. Waktu itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Asri Muda, adalah suami dari Sakinah Junid, yang juga pernah menjabat sebagai Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah Malaysia.[3]

Tidak heran, kedekatan Rahmah, dengan Sakinah, ibarat ibu dengan anak dan bisa juga diibaratkan dua orang sahabat dekat. Potret karakter Ibunda Rahmah inilah yang turun ke pribadi Sakinah Junaid. Karenanya, banyak agenda penting Rahmah di Malaysia, baik bertemu dengan alumni Diniyyah difasilitasi oleh muridnya tadi. Selain itu, Rahmah juga diajak bersilaturrahmi ke kantor PAS, karena muridnya menjadi sosok wanita penting di partai berasas Islam tersebut. Di dalam buku Peringatan 55 Tahun Perguruan Diniyyah Puteri, foto kunjungan Rahmah ke Kelantan dan Kuala Lumpur yang paling banyak didapati. Rahmah akrab dengan keluarga Menteri Besar Kelantan.

PerjuanganSunting

Sakinah Junid adalah suatu nama yang cukup besar dan merupakan salah seorang tokoh wanita sebaris dengan nama Shamsiah Fakeh dan Tan Sri Aishah Ghani sebagai pemimpin wanita yang terawal terlibat di dalam perjuangan menentang penjajajahan dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Dia juga merupakan antara pengasas kepada Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Berbanding Shamsiah Fakeh dan Tan Sri Aishah Ghani yang dilihat sebagai pemimpin wanita dalam kelompok wanita per se, Sakinah Junid dilihat mampu mengetuai sesuatu kumpulan yang diangotai wanita dan lelaki.

Dia mula memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Cawangan Padang Rengas ketika usianya 23 tahun. Sebagai tokoh wanita di barisan hadapan pasca pemerintahan Jepun, Sakinah Junid bolehlah dikatatakan sebagai pejuang wanita pertama di Malaysia yang telah memimpin suatu kelompok pejuang lelaki dan wanita. Dia telah mengetuai rombongan 300 orang pemuda Angkatan Pemuda Insaf (API) dan wanita Angkatan Wanita Sedar (AWAS) berarak dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar sambil menyanyikan lagu Darah Rakyat dan Dari Barat Hingga Ke Timur dengan penuh semangat di selang-seli dengan laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!.” Sakinah Junid berjaya meyakinkan golongan lelaki di dalam kumpulan tersebut untuk berjalan kaki walaupun pada mulanya mereka menjadi lemah semangat untuk menghadiri perhimpunan raksasa menentang Malayan Union pada 28 Mei 1946 di Kuala Kangsar kerana kenderaan awam, malah lori dan kereta lembu pun tidak dibenarkan Inggeris membawa mereka ke Kuala Kangsar. “Kalau kamu orang lelaki tidak mahu ikut serta menentang Malayan Union, biar kami srikandi sahaja yang pergi. Kamu orang lebih baik pakai sarung di rumah”, tegas Sakinah dengan penuh “nasionalis” dan bersemangat jitu. Kesimpulannya, tokoh ini bukanlah seorang pejuang wanita untuk wanita kerana dia adalah pejuang wanita untuk agama, bangsa dan Negara.

Ketokohan dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh Sakinah Junid ini menyebabkan ramai pergerakan wanita dalam dan luar negara pada masa kini telah mula menyebut namanya sebagai idola kepemimpinan wanita Malaysia yang patut dicontohi. Lantas nama Sakinah mula diangkat oleh kelompok tersebut.

Penglibatan PolitikSunting

Seterusnya sebagai penggerak kesedaran politik terhadap golongan wanita. Diikuti perjuangannya di peringkat awal di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melaui sayap wanitanya yang dinamakan Dewan Muslimat semenjak kewujudan sayap ini di dalam PAS pada tahun 1953. Setelah sepuluh tahun penubuhannya tokoh ini telah pula mengetuai sayap ini selama 20 tahun. Sakinah terkenal dengan pidatonya yang berapi dan menaikkan semangat para pendengar. Seorang yang cukup berkarisma dan disegani. Dia adalah seorang orator wanita Malaysia yang cukup hebat. Ketika berpidato Sakinah mampu mengusik emosi pendengar dengan susunan kata-kata yang cukup indah dan berpuitis. Di selang seli dengan dakwah dan ayat-ayat Al Quran. Dimaniskan dengan sajak dan pantun.

Dia yang kemudiannya pula turut serta mengikuti suaminya Tan Sri Datuk Asri meningalkan PAS untuk berjuang di dalam parti yang baru ditubuhkan iaitu Hizbul Muslimin (HAMIM). Sehinggalah dia menamatkan perjuangan politiknya secara rasmi selepas menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1993 sebagai ahli biasa kerana memberikan sokongan kesinambungan perjuangannya kepada Timbalan Presiden UMNO pada masa itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menghabisi sisa hidupnya sebagai seorang ibu kepada 10 orang anak, cucu-cucu dan cicitnya. Dia yang menghidap bronkonemia akhirnya meninggal dunia pada 7 September tahun 2004 pada usia 81 tahun dan disemadikan di perkuburan Orang Islam di Sungai Tangkas.

ReferensiSunting

  1. ^ [1]
  2. ^ [2]
  3. ^ "Salinan arsip". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016-03-05. Diakses tanggal 2015-08-07.