Maklumat-maklumat Asoka

(Dialihkan dari Edik Ashoka)

Maklumat-maklumat Asoka adalah 33 teks[1] yang diperkenalkan dan disebarkan di seluruh Dinasti Maurya pada masa kekuasaan Asoka pada abad ke-3 SM di Pilar-Pilar Asoka dan juga di batu dan dinding gua. Raja Asoka (berkuasa 268-232 SM) sebelumnya telah pindah agama menjadi Buddha dan ingin menyebarkan ajaran Buddha dan Dharma di kerajaannya.

Tiang Asoka di Lumbini, Nepal.
Persebaran maklumat-maklumat Asoka.

Maklumat-maklumat ini ditulis dalam berbagai bahasa dan aksara rakyat Maurya dan mengumumkan "Kekuasaan Dharma" di setengah wilayah utara anak benua India serta wilayah Afganistan dan Pakistan. Di kawasan timur dan tengah, maklumat ini ditulis dalam bahasa Magadhi dan aksara Brahmi. Di barat laut (Gandhara) telah ditemukan maklumat yang ditulis dalam aksara Kharoshthi dan dalam bahasa Yunani dan bahasa Aram.

Maklumat-maklumat Asoka menyatakan bahwa Asoka mengikuti filsafat Buddha dan dharma. Tulisan-tulisan di dalam tiang-tiang Asoka menjelaskan upayanya untuk mengembangkan dharma di kerajaannya. Walaupun Buddhisme dan Buddha Gautama juga disebutkan, maklumat-maklumat ini berfokus pada aspek sosial dan moral daripada praktik keagamaan khusus atau dimensi filosofis Buddhisme. Maklumat-maklumat ini dapat ditemukan di tempat-tempat umum agar dapat dibaca oleh rakyat.

Catatan kaki sunting

Bacaan lanjut sunting