Sayyid Umar Abu Hafs b Abdullah BasyeibanSunting

Dia ialah guru kepada Nuruddin ar-Raniri. Diperkirakan wafat pada 1066H atau kurang lebih 1645 Masehi di Balqem, Karnataka wilayah Uttar Pradesh, India.

Di dalam kitab Syams az-Zahirah karya Sayyid Abd Rahman al-Masyhur, dikatakan setelah menuntut ilmu dengan pelbagai guru di negeri kelahirannya India, dia kemudian bersafar ke Hijaz dan kemudian ke Hadhramaut untuk menuntut ilmu agama.

Sayyid Umar Abu Hafs telah menetap 4 tahun di Haramain, dan akhirnya, dia pulang ke India. Dia di makamkan di Balqem juga.

Syams az-Zahirah menyebutkan bahawa dia meninggalkan ramai keturunannya di India dan juga di Indonesia.

Sayyid Umar Abu Hafs juga di kenali sebagai Umar al-Idrus kerna adalah seorang Khalifah Tariqah Idrussiyyah BaAlawiyyah, sebagaimana ia di kenali di India sesuai dengan keadaan di sana.

Sayyid Umar mempunyai seorang anak Sayyid Abdul Rahman Tajudin, cikal bakal ramai para sayyid dari marga Basyeiban di Indonesia. Di mana Sayyid Abdul Rahman kemudiannya menikah dengan Syarifah Khadijah binti Maulana Hasanudin Sohib Banten b Sunan Gunung Jati Maula Cirebon.

Silsilah NasabSunting

  • Sayyid Umar b
  • Abdallah b
  • Abdul Rahman b
  • Umar al-Fagih b
  • Muhammad al-Syaibah b
  • Ahmad b
  • Abu Bakar BaSyaiban b
  • Muhammad Asadullah b Hasan at-Turabi b
  • Ali al-Faqih b
  • al-Ustadzi A’zhom Muhammad al-Faqih Muqaddam b ‘Ali BaAlawi al-Husaini

Silsilah Guru-GuruSunting

Sebagai seorang Sufi, Sayyid Umar Abu Hafs telah menerima ijazah tariqahnya daripada dan berguru kepada [1]

  • Sayyid Muhammad al-Idrus Sohib Surat yang telah menerima daripada
  • Sayyid Syaikh b Abdullah al-Idrus Sohib Surat daripada
  • Sayyid Abdallah b Syaikh al-Idrus daripada
  • Sayyid Abu Bakar al-Idrus al-Adni daripada
  • Sayyid Syaikhul Akbar Abdullah al-Idrus b Abu Bakar as-Sakran di Tarim Hadhramaut

Catatan kakiSunting

  • Umar b 'Abd al-Rahman, Syed Hassan b Muhammad al-Attas, Singapura 2001
  • Syams az-Zahirah, Sayyid Abd Rahman al-Masyhur

ReferensiSunting

  1. ^ Umar b 'Abd al-Rahman, Syed Hassan b Muhammad al-Attas, Singapura 2001, ms 35