Menara Babel: Perbedaan revisi

28 bita dihapus ,  5 tahun yang lalu
k
Fix URL prefix
(superseded (GlobalReplace v0.3))
k (Fix URL prefix)
Pembacaan Kisah Para Rasul dalam [[Kitab Injil]] 2:1-11 1 Korintus 12:3b-7, 12-13 Injil: Yohanes 20:19-23. Cerita “Menara Babel” mengisahkan tentang anak-anak manusia yang menjadi sombong, mereka mahu membangun sebuah menara yang boleh mencapai langit dan dapat mencapai Tuhan. Tuhan mengacau bahasa mereka, sehingga mereka tidak saling mengerti, sehingga berakhirlah riwayat pembangunan Menara Babel itu bersama kesombongan para pembangunnya. Cerita itu pada dasarnya mahu mengatakan bahawa kesombongan manusia selalu menimbulkan salah pengertian sesama manusia. Dan ketidak saling pengertian itu akan menimbulkan kekacauan, rusuhan dan bencana. Dan memang sejak peristiwa Menara Babel itu, kisahkisah tentang kesombongan manusia dan keruntuhannya selalu berulang. Oleh kerana kesombongannya manusia tidak saling mengerti, sehingga apa saja yang telah dibangun boleh runtuh berkecai. Terhadap kesombongan manusia yang memecah belah dan meruntuhkan, Tuhan rupanya tidak berdiam diri. Pada peristiwa Pentakosta, Tuhan mengutus Roh- Nya untuk mempersatukan kembali yang terpecah belah, tercerai berai dan membangun kembali yang telah runtuh dengan bahasa Pentakosta, bahasa saling pengertian, seperti kita dengar dalam pembacaan pertama minggu ini.
 
Pada peristiwa Pentakosta itu dikurniakan kembali kepada manusia bahasa saling pengertian, bahasa persatuan yang telah hilang sejak peristiwa Menara Babel itu. Ketika Petrus tampil dan berbicara dalam bahasa ibunya, semua orang yang datang dari pelbagai sudut dunia tiba-tiba boleh mengerti. Mereka hairan dan berkata: “Bagaimana mungkin kita masing-masing mendengarkan mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri…” Bahasa yang saling tidak dimengerti sejak peristiwa Menara Babel itu sudah berakhir, dan sejak peristiwa Pentakosta bahasa yang tidak dimengerti itu ditemukan kembali. [http://http://rahelhunter.wordpress.com/2012/11/01/sejarah-bahasa-manusiaperistiwa-kejatuhan-menara-babel-dan-bahasa-pentakosta/]
 
Tetapi sejarah rupanya selalu berulang, usaha membangun Menara Babel masih saja mahu dilakukan manusia, namun Tuhan pula senantiasa menciptakan “Pentakosta baru”. Negara kita juga, sejak sekian lama sebenarnya mengusahakan pembangunan. Pembangunan dalam segala bidang hidup. Bidang ekonomi, bidang budaya, bidang politik, hukum dan sebagainya. Tetapi mungkin kerana unsur kesombongan masih saja melekat pada diri kita dalam semua pembangunan itu. Kita berusaha untuk membangun yang serba hebat dan serba canggih tetapi jika tanpa mengikutsertakan Tuhan dalam pembangunan itu, sulit untuk dicapai hasilnya. [http://http://rahelhunter.wordpress.com/2012/11/01/sejarah-bahasa-manusiaperistiwa-kejatuhan-menara-babel-dan-bahasa-pentakosta/]
 
Ada kebiasaan kita untuk berusaha memisahkan Tuhan dari pada pembangunan politik, hukum dan budaya kita. Pembangunan dipisahkan daripada agama, daripada iman dan moral. Oleh sebab itu, pembangunan kita terkesan tidak memiliki semangat iman dan moral. Politik dan budaya kita terkesan tidak beretika, tidak bermoral. Tuhan, iman dan moral hanya merupakan kata-kata hanya dimulut saja, yang digaungkan dalam upacara-upacara rasmi tanpa makna. Mungkin kerana itu, kita sekarang sedang mengalami krisis dalam pelbagai bidang hidup. Dan kata orang, akar dari segala krisis itu adalah krisis etika dan krisis moral itu. [http://http://rahelhunter.wordpress.com/2012/11/01/sejarah-bahasa-manusiaperistiwa-kejatuhan-menara-babel-dan-bahasa-pentakosta/]
 
Dan salah satu krisis moral yang paling teruk adalah munculnya semangat mengutamakan kepentingan kumpulan yang melahirkan berbagai-bagai rusuhan dan kekacauan. Perpecahan sedang mengancam kita. Isu-isu perbezaan agama, perbezaan tingkat ekonomi dan sosial ditiup-tiup untuk melestarikan permusuhan antara golongan. Namun kita sebagai insan yang beriman, kita selalu boleh percaya bahawa Tuhan pasti tidak tinggal diam melihat keadaan gereja kita yang sedang diuji ini. Kita ada kesedaran dan kebangkitan baru yang dihembusi oleh Roh Tuhan. Kesedaran dan kebangkitan baru untuk membangun persaudaraan dan persatuan. Persatuan antara umat dan persatuan dari semua orang yang berkehendak baik tanpa membeza-bezakan agama, etnik, tingkat sosial dan golongan. Kita boleh percaya bahawa Roh Tuhan tengah berhembus di tengah- tengah kita. Dialah yang membawa bahasa yang saling dimengertikan itu kepada semua orang yang berkehendak baik. Roh akan berhembus ke mana Dia suka. Dan kita umat Katolik hendaknya merasa terpanggil untuk mengikuti arah hembusan Roh Tuhan itu. Dalam Injil hari ini Tuhan menasihatkan kepada kita; “Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian sekarang Aku mengutus kamu”! Jadi saudara-saudari, kita dipanggil dan diutus untuk memberikan kesaksian tentang bahasa Pentakosta, bahasa yang saling dimengerti dan perdamaian. — Fr Valentine Gompok OFM Cap. [http://http://rahelhunter.wordpress.com/2012/11/01/sejarah-bahasa-manusiaperistiwa-kejatuhan-menara-babel-dan-bahasa-pentakosta/]
 
===Referensi===
12.862

suntingan