Pasukan Gerak Umum: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Robot: Cosmetic changes
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 30:
Sungguhpun pada dasarnya paramiliter ini disusun, dilengkapi dan dilatih terutamanya untuk peranan paramiliter di hutan rimba dan kawasan luar perkotaan, tetapi ia juga mempunyai kebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan perkotaan. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai polisi yang biasa terlebih dahulu sebelum boleh diterima sebagai seorang personilnya PGA. Personil tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas pertempuran hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infanteri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infanteri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infanteri tetapi bisa juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan polisi yang biasa sekiranya dibutuhkan.
 
Didalam keadaan dimana ketenteraman negaranya terancam, PGA pada dasarnya menjalankan tugas militer sepertimananya tentara. Statusnya adalah sebagai salah satu kesatuan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik karena dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh tentara mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikirim untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di perbatasan. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit anti huru-hara ''(Public Order Reserve Unit, PORU)'' yang terlatih apabila dibutuhkan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan anti huru-hara khusus. Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam tugas kepolisian, tetapi bagi memastikan bahawa mutu kesatuan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dikecilkan kepada tugas bantuan khusus, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khusus (special warfare) di hutan, perairan dan perkotaan serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerilya (CIW).
 
== Organisasi ==