Sumur Hang Tuah

Sumur Hang Tuah merupakan sebuah sumur yang terletak di Kampung Duyung, Melaka, Malaysia. Sumur ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398-1511). Hang Tuah yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri sumur ini untuk kegunaannya.

Sumur Hang Tuah di Duyong

Pada asalnya sumur ini kecil tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Sumur ini dikatakan tidak pernah kering, sekalipun di musim kemarau panjang. Airnya senantiasa jernih dan dikatakan bisa menyembuhkan penyakit.