Penjara Johor Bahru: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
IVP (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
IVP (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 42:
Petugas merotan akan mula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain [[golf]] menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan diguna untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "[[Pemutih Clorox]]" untuk membunuh [[kuman]], juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.
 
Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan perlaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamat. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke [[makhamahmahkamah]] supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.
 
Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegah perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi [[HIV]]. Rotan yang baru akan diguna untuk kes tersebut, dan selepas siap diguna, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata, takutkan daging dan darah pesalah HIV terkenanya.