Hafidz asy-Syirazi: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 16:
}}
'''Khojeh Shamsuddin Muhammad Hafiz Shirazi''' (juga dieja '''Hafez''') (''' خواجه شمس‌الدین محمد حافظ شیرازی ''') adalah seorang ahli sufi dan penyair [[Persia]]. Merupakan seorang putra Bahuddin, beliau dilahirkan antara [[1310]] hingga [[1337]] di [[Shiraz]], [[Iran]] atau [[Kerajaan Persia|Parsi]]. Beliau terkenal dengan keindahan syair-syair sufi dan [[ghazal]] beliau. Malahan, syair-syair beliau mempunyai ciri-ciri surealisme moden.<ref>[http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=1323&sectionid=351020105 Hafiz menggambarkan surealisme]</ref>
 
== Kehidupan ==
Tidak banyak maklumat diketahui mengenai riwayat awal Hafiz. Berdasarkan syair-syair beliau, Hfiz mungkin mendapat pendidikan awal yang sempurna atau beliau sendiri yang mendidik dirinya. Ayahanda beliau pula merupakan seorang pedagang arang batu yang wafat ketika Hafiz masih lagi kecil dan menyebabkan keluarga beliau berhutang. Hafiz kemudiannya meneruskan pengajian dengan [[Attar]] [[Shiraz]], seorang cendiakawan Parsi. Selepas itu, beliau menjadi penyair di Istana [[Abu Ishak]] dan mendapat pengaruh yang kuat di bandar kelahirannya. Hafiz juga turut mendapat jawatan sebagai guru di sekolah pengajian Quran.
 
Pada umurnya awal 30 tahun, tentera [[Muzaffarid]] menawan [[Shiraz]] dan Mubariz Muzaffar menyingkirkan Hafiz daripada jawatannya. Ketika pemerintahan [[Shah Shuja al-Din Muzaffar]], Hafiz sekali lagi dilantik penyair dan guru al-Quran tetapi kemudiannya beliau terpaksa melarikan diri kerana fitnah daripada pesaing-pesaing beliau. Hafiz melarikan diri dari Shiraz ke [[Isfahan]] dan [[Yazd]]
 
KEtika berumur 52 tahun, hafiz sekali lagi mendapat jawatan di Istana, dan kali ini adalah atas jemputan Shah Shuja. Shah Shuja kemudiannya kalah dalam peperangan dengan [[Tamerlane]] dan terbunuh. Ketika usia tua Hafiz, beliau terpaksa bertemu dengan Tamerlane bagi mempertahankan syairnya yang dituduh sebagai syirik. Beliau wafat pada umur 69 tahun dan dimakamkan di Shiraz.
 
==Referensi==
{{reflist}}
 
{{biografi-stub}}
 
[[Kategori:Tokoh Persia]]