Penjara Johor Bahru: Perbedaan antara revisi

2 bita ditambahkan ,  15 tahun yang lalu
k
k (robot Adding: en)
 
Pada asalnya, terdapat hanya dua buah bangunan penempatan banduan, dua bengkel latihan, dapor memasak, bangunan tandas, rumah sakit dan sebuah pejabat pentadbiran. Peredaran masa dan keperluan bagi menampung kapasiti banduan yang kian meningkat, beberapa bangunan telah dibina dan diubahsuai dengan sepuluh buah blok penempatan, lima buah bengkel vokasional, tempat lawatan keluarga, pejabat [[kaunseling]], pejabat pengawai kebajikan, surau dan kemudahan lain yang mampu menampung 1,500 orang banduan.
[[ImejBerkas:300px-Inmate_block.jpg|thumb|300px|right|Salah satu daripada bangunan-bangunan penempatan banduan]]
Keluasan kawasan bertembok, sebanyak 160,000 kaki persegi (1.8 hektar) dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki, adalah sama sahaja dengan keluasan pada tahun 1883. Kawasan sekeliling penjara telah habis diguna, dengan kawasan perumahan kakitangan memakan keluasan 3.8 hektar (9.4 ekar). Oleh demikian, setiap ruangan yang sedia ada di dalam kawasan penjara terpaksa diguna dan susunan bangunan-bangunan amat padat (sila rujuk kepada [[#Pelan Lakar Kawasan Penjara|pelan lakar kawasan penjara]]). Dengan itu, tertimbullah persoalan adakah [[undang-undang kebakaran api]] terlanggar. Banduan-banduan juga dirumahkan tujuh hingga lapan orang sebuah bilik [[sel]], walaupun ianya direka hanya untuk tiga banduan sahaja. Walaubagaimanapun, adalah ajaib sekali bahawa penjara ini dapat dikekalkan selama 122 tahun.