Ammar bin Yasir: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-. Beliau +. Ia )
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
Beliau mengikuti [[Pertempuran Shiffin]] dan tewas terbunuh dalam pertempuran itu.
Ramalan Rasulullah terang terpampang di ruang matanya dengan huruf besar:
"Ammar akan dibunuh golongan penderhaka"
Oleh sebab itu suaranya bergema di serata arena dengan senandung ini: "Hari ini daku akan berjumpa dengan kekasih tercinta Muhammad dan sahabatnya"
Kemudian bagai sebuah peluru dahsyat beliau menyerbu ke arah Muawiyah dan orang sekelilingnya daripada golongan Bani Umayyah, lalu melepaskan seruannya yang nyaring dan menggetarkan:
"Dulu kami hentam kalian pada saat diturunkannya. Kini kami hentam lagi kalian kerana menyelewengan. Tebusan maut menghentikan niat jahat. Dan memisahkan kawanan pengkhianat atau al-Haq berjalan kembali pada relnya"
Maksudnya dengan syairnya itu, bahawa sahabat yang terdahulu dan Ammar termasuk seorang antara mereka. Dulu memerangi golongan Bani Umayyah yang diketuai Abu Sufyan, bapa Muawiyah pemegang panji syirik dan pemimpin tentera musyrikin. Mereka perangi orang itu kerana secara terus terang al-Quran menitahkannya disebabkan mereka adalah musyrik.
Dan sekarang menerusi pimpinan Muawiyah, walaupun mereka menganut Islam dan meskipun al-Quranul Karim tidak menitahkan secara tegas memerangi mereka, tetapi menurut ijtihad Ammar dalam penyelidikannya mengenai kebenaran dan (mengenainya terhadap maksud dan tujuan al-Quran, meyakinkan dirinya akan keharusan memerangi mereka, sampai barang yang dirampas itu kembali kepada pemiliknya, serta api fitnah dan pemberontakan itu dapat dipadamkan selama-lamanya...
Juga maksudnya, bahawa dulu mereka memerangi orang Bani Umayyah kerana mereka kafir kepada agama dan kafir kepada al-Quran. Sekarang mereka menggempur orang itu kerana mereka menyelewengkan agama dan menyimpang daripada ajaran al-Quranul Karim serta mengacaukan takwil dan salah menafsirkan, dan mencuba hendak menyesuaikan tujuan ayatnya dengan kemahuan dan keinginan mereka peribadi.
Maka tokoh tua yang berusia 93 tahun ini menerjuni akhir perjuangan hidupnya yang menonjol dengan gagah berani. Demi belum ia berangkat ke Rafiqul Ala, ia tinggalkan sebagai contoh teladan perjuangannya yang besar dan mulia lagi berkesan dan mendalam.
Penyokong Muawiyah mencuba sekuat daya menghindari Ammar, agar pedang mereka tidak menyebabkan kematiannya.
Tetapi keperwiraan Ammar yang berjuang seolah-olah beliau satu pasukan tentera juga, menghilangkan pertimbangan mereka.
Sebahagian anak buah Muawiyah mengintai kesempatan untuk menewaskannya, hingga selepas kesempatan itu terbuka mereka laksanakanlah dan tewas Ammar di tangan tentera Muawiyah. [Sumber: Berita Harian,15/12/2006]
 
 
 
 
{{sahabat nabi}}