Kuala Terengganu: Perbedaan revisi

3 bita dihapus ,  4 tahun yang lalu
k
Bot: Perubahan kosmetika
k (Robot: Perubahan kosmetika)
k (Bot: Perubahan kosmetika)
Selain itu, ahli atronomi terkenal Greek, Ptolemy ada mencatatkan kewujudan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primoula dan Kole. Primoula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman. Catatan lain menunjukkan wujudnya kota Foloan, di Kuala Berang, di hulu Sungai Terengganu. yang dipercayai menjadi kota satelit pada Kuala Terengganu.
 
Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China. Paul Wheatley membuat kesimpulan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.
 
Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.
Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.
 
Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.
 
Pantai dan Pulau-pulau yang berada di dalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.
 
Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandar Kuala Terengganu. Antaranya ialah [http://www.monsooncup.com.my Piala Monsun Terengganu], Sultan’s Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.
<!--
Bandaraya Kuala Terengganu dijangka akan menjadi bandaraya bertaraf dunia dan lestari pada 2018.Antara infrastruktur yang akan dibina di sini ialah "KUALA TERENGGANU ICONIC AND SUSTAINABLE OFFICE TOWER" (masih dalam rancangan) yang akan menjadi menara tertinggi di Terengganu dengan anggaran setinggi 40-50 tingkat,"FLYOVER" iaitu jalan bertingkat, hotel bertaraf bintang dan pusat beli belah seperti Paya Bunga Square.{{fakta}}