Buka menu utama

Mohamad Shah Riadzi atau lebih dikenali sebagai iR Radzi adalah seorang penyanyi berbakat besar di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini mula-mula dikenal melalui lagunya yang berjudul Sempurna Waktu yang kadangkala dimainkan di radio Malaysia. Selain lagu Sempurna Waktu, antara lagu beliau yang terken adalah Maafkan Aku dan juga Stay. Stay, lagu ciptaan sepenuhnya itu berkisar tentang rayuan untuk hidup selalu bersama. Lagu yang menjalani rekaman di Indonesia ini sekaligus memperkenalkan sisi lain iR Radzi di dalam dunia nyanyian disamping memperluaskan skop muzik yang mampu dipersembahkannya.

Selepas single berjudul Bujang Duda yang menampilkan iR Radzi duet bersama CK Faizal, beliau muncul dengan single terbarunya yaitu Cinta Terakhir. Lagu ini ditujukan kepada arwah ayahnya Jamali Ellen yang meninggal dunia pada tahun 2016. Cinta Terakhir mengisahkan tentang cinta seorang anak terhadap seorang bapak yang tiada tergantikan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri dan direkamkan sebulan sesudah bapaknya meninggal dunia.[1] Lagu ini juga berjaya menjadi OST drama di stasiun TV terkenal di Malaysia.

Tahun ini juga, iR Radzi telah muncul bersama album yang lain yang berjudul Sempurna. Sempurna ini menggabungkan semua lagu-lagu beliau popular dan menjadi OST drama di Malaysia seperti Sempurna Waktu, Maafkan Aku, dan juga beberapa lagu "yang belum lagi dirilis". Album ini berkisarkan tentang perasaan dan kehidupan dimana setiap lagu itu punya kisah yang tersendiri. Lagu-lagu di dalam album ini sangat dekat dengan hati karrna setiap lagu ini tiap orang pasti mengalami situasi tersebut.

Selain itu, iR Radzi merencakan untuk membuat single duet bersama Hazami. Selain mengagumi penyanyi itu, mereka juga bernaung di bawah satu serikat kepengurusan yang sama. Hanya saja, untuk membuatnya mereka sedang mencari ilham untuk menghasilkan single dan lagu yang betul-betul bagus untuk dihadiahkan kepada para peminat mereka baik di luar maupun di luar Malaysia.

Lagu terbaru Ir Radzi berjudul Hanya Milikmu ngetop. Tahniah lagumu semuanya punyai feel yang mantap. Terus maju. Amin.

Lagu-laguSunting

Berikut ini beberapa dari antara lagu-lagu iR Radzi:

  1. Kontra Analisis
  2. Stay
  3. Tell Me Why
  4. Sempurna Waktu
  5. Maafkan Aku
  6. Bujang Duda
  7. Berikan Masa
  8. Cinta Terakhir

ReferensiSunting

  1. ^ Mohd, Wawan (11 Januari 2018). Cinta Terakhir: IR Radzi dedikasi buat arwah bapa Sinar Harian. Diakses pada 17 Juli 2018.

Favorite singer: iR Radzi