Organisasi Islam untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO)[1][pranala nonaktif permanen] (bahasa Arab: منظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة, bahasa Inggris: Islamic world Educational, Scientific and Cultural Organization, bahasa Prancis: Organisation du monde islamique pour l’Education, les Sciences et la Culture) adalah sebuah organisasi khusus yang beroperasi di bawah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

منظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة
Islamic world Educational, Scientific and Cultural Organization
Organisation du monde islamique pour l’Education, les Sciences et la Culture
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam
Bendera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam
Bendera
Pusat administrasiRabat, Maroko
Bahasa resmiArab, Inggris, Perancis
Keanggotaan52 negara anggota
Pemimpin
• Direktur Jenderal
Dr. Salim AlMalik
Situs web resmi
www.isesco.org.ma
Sunting kotak info
Sunting kotak info • Lihat • Bicara
Info templat
Bantuan penggunaan templat ini

Lanya terlibat dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi di antara negara-negara Islam untuk menyokong dan mengukuhkan hubungan di kalangan negara anggota. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Rabat dan diketuai oleh Dr. Salim M. Al-Malik sebagai Ketua Pengarah.

Latar Belakang Sejarah Penubuhan sunting

Satu Resolusi telah dikeluarkan oleh Persidangan Sidang Kemuncak Islam Ke-3 yang diadakan di Makkah Al-Mukarramah, pada 25-28 Januari 1981 adalah pengesahan muktamad untuk menubuhkan sebuah badan Islam antarabangsa yang baru bernama "Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam", bersama-sama organisasi-organisasi Islam yang juga beroperasi dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Pada hari Rabu 30 Januari 2020, sesi ke-40 Majlis Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, pada 29-30 Januari 2020, menerima pakai pengubahsuaian nama pertubuhan ke dalam "Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam" (ICESCO). Sehubungan ini, Dr Salim M. AlMalik, Ketua Pengarah ICESCO, menyatakan bahawa pengubahsuaian nama Pertubuhan itu bertujuan untuk memperjelaskan misi-misinya yang sebenar yang mana ianya tidak berkaitan dengan dakwah serta membuka prospek luas supaya kehadirannya di peringkat antarabangsa dapat dirasai. Ketua Pengarah juga menekankan bahawa nama baru itu secara tepat mencerminkan sifat misi peradaban ICESCO dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi, serta tujuan dan objektifnya. [2]

Objektif sunting

a) Memperkukuhkan, mempromosikan dan menyatukan kerjasama antara negara-negara anggota dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi, serta mengembangkan dan menaiktaraf bidang-bidang ini, dalam kerangka rujukan tamadun dunia Islam yang bertunjangkan nilai dan prinsip kemanusiaaan Islam.

b) Menyatukan pemahaman di kalangan orang di dalam dan di luar negara anggota serta menyumbang kepada keselamatan keamanan dunia melalui pelbagai cara terutamanya melalui pendidikan, sains, budaya dan komunikasi;

c) Memperkenalkan imej dan budaya Islam yang sebenar, menggalakkan dialog antara tamadun, budaya dan agama, dan berusaha untuk menyebarkan nilai keadilan dan kedamaian serta prinsip kebebasan dan hak asasi manusia, sesuai dengan perspektif peradaban Islam.

d) Menggalakkan interaksi budaya dan menyokong aspek kepelbagaian budaya di negara anggota, di samping mengekalkan identiti budaya dan melindungi kebebasan pemikiran.

e) Memperkukuhkan kesalingan dan penyelarasan di kalangan institusi khusus dalam Pertubuhan Negara-negara Islam, dalam pendidikan, sains, budaya dan komunikasi di kalangan negara anggota ICESCO, dan menggalakkan kerjasama dengan institusi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkongsi kepentingan yang sama di dalam dan di luar negara anggota.

f) Menarik minat dalam budaya Islam, menyerlahkan keistimewaannya dan mempromosi mercu tanda dalam kajian intelektual, penyelidikan saintifik dan kurikulum pendidikan.

g) Bekerja ke arah mewujudkan kesalingan dan hubungan antara sistem pendidikan negara-negara anggota.

h) Menyokong usaha institusi pendidikan, saintifik dan budaya untuk umat Islam di negara bukan negara anggota ICESCO.

NEGERA AHLI ISESCO DAN TARIKH KEMASUKAN sunting

Piagam ICESCO menetapkan bahawa setiap negara anggota penuh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) akan menjadi ahli ISESCO selepas secara rasmi menandatangani Piagam, melengkapkan formaliti keanggotaan dari segi perundangan, dan memaklumkan, secara bertulis kepada Lembaga Pengarah ICESCO. ICESCO terdiri daripada lima puluh empat (54) Negara Anggota daripada lima puluh tujuh (57) Negara Anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Negara anggota disusun mengikut urutan abjad Arab:

Akronim ICESCO dibentuk dari nama organisasi Pertubuhan:

IslamiC World Educational, Scientific and Cultural Organization.

Anggota sunting

ISESCO mempunyai 52 negara anggota, berikut ini daftar negara anggota ISESCO:

Negara anggota Bergabung Catatan
  Azerbaijan 1991
  Yordania 1982
  Afganistan 2003
  Uni Emirat Arab 1983
  Indonesia 1986
  Uganda 2012
  Iran 1992
  Pakistan 1982
  Bahrain 1982
  Brunei 1985
  Bangladesh 1982
  Benin 1988
  Burkina Faso 1982
  Tajikistan 1993
  Chad 1982
  Togo 2002
  Tunisia 1982
  Aljazair 2000
  Jibuti 1982
  Arab Saudi 1982
  Sudan 1982
  Suriname 1996
  Suriah 1982
  Sierra Leone 1984
  Senegal 1982
  Somalia 1982
  Irak 1982
  Oman 1982
  Gabon 1982
  Gambia 1982
  Guyana 2014
  Guinea 1982
  Guinea-Bissau 1984
  Palestina 1982
  Kazakhstan 1996
  Qatar 1982
  Komoro 1982
  Kirgizstan 1996
  Kamerun 2001
  Pantai Gading 2001
  Kuwait 1982
  Lebanon 2002
  Libya 1984
  Maladewa 1982
  Mali 1982
  Malaysia 1982
  Mesir 1984
  Maroko 1984
  Mauritania 1982
  Niger 1982
  Nigeria 2001
  Yaman 1983

Pranala luar sunting